Pasti semua orang mempunyai kumpulan perbualan atau groups chat yang mengumpulkan keluarga, rakan-rakan mahupun kerja. Akan tetapi kadangkala kita tidak terlepas termasuk dalam kumpulan yang kita tidak mahu menyertainya.

Sebagai contoh di Telegram, kadang-kadang kita berada dalam kumpulan yang mengajak bermain permainan perjudian atau mungkin yang berunsurkan pornografi.

Oleh yang demikian, ini adalah cara bagaimana mengelakkan dari individu yang tidak dikenali menambah (add) anda sesuka hati ke dalam kumpulan perbualan di WhatsApp atau Telegram.

WhatsApp

Pertama sekali, buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke Settings kemudian tekan Account.

Seterusnya, klik pada Privacy dan pilih My Contacts pada bahagian Groups. Jika anda terlalu ramai kenalan seperti untuk urusan kerja, anda boleh pilih My Contacts except.

Telegram

Sama juga seperti WhatsApp, tidak kira iOS atau Android, anda perlu buka aplikasi Telegram.

Seterusnya pergi ke Settings dan tekan Privacy and Security.

Di sini, tekan pada Groups & Channels dan pilih My Contacts.

Dengan ini, tiada lagi anda berada dalam kumpulan perbualan yang pelik-pelik atau tidak suka. Semoga bermanfaat!

Baca juga: