Apple telah memperkenalkan mod paparan kekal atau Always On Display (AOD) untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Namun, sewaktu ciri itu diperkenalkan, ia agak berbeza berbanding Android kerana menampilkan warna seakan-akan skrin masih hidup.
{suggest}
Terbaharu, dalam kemas kini iOS 16.2, Apple telah menambahbaik ciri AOD, yang membenarkan pengguna menyembunyikan wallpaper atau notifikasi apabila paparan AOD diaktifkan.
Berikut disediakan cara untuk menyesuaikan paparan AOD pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
Cara suaikan Always On Display
Terlebih dahulu, anda perlu memastikan iPhone 14 Pro dan Pro Max sudah dikemas kini kepada iOS 16.2. Seterusnya, ikut beberapa langkah mudah di bawah:
1. Buka “Settings”. Kemudian tatal ke bawah dan pilih “Display & Brightness”.
2. Di bahagian ini, tatal dan tekan pada “Always On Display”.
3. Hidupkan “Always On Display” dan anda akan melihat pilihan untuk mengaktifkan/nyahaktif wallpaper dan/atau notifikasi.
Bagaimanapun, perlu diketahui, Apple menyatakan bagi tujuan menjimatkan jangka hayat bateri, paparan akan menjadi sepenuhnya gelap apabila:
- iPhone ditiarap (lying face down)
- iPhone di dalam poket atau beg
- Sleep Focus dihidupkan
- Low Power Mode dihidupkan
- iPhone disambungkan ke CarPlay
- Menggunakan Continuity Camera
- Anda telah lama tidak menggunakan iPhone (iPhone mempelajari corak aktiviti pengguna dan mematikan/menghidupkan paparan dengan sewajarnya, termasuk jika pengguna menyediakan penggera atau jadual tidur)
- iPhone mengesan bahawa anda berada jauh daripadanya dengan Apple Watch yang dipasangkan (AOD akan dihidupkan apabila Apple Watch berada dekat dengan iPhone anda semula)
Itu sahaja tips kali ini. Tinggalkan komen jika ada sebarang cadangan mahupun pertanyaan.