Asssalamualaikum dan salam sejahtera. Tutorial kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk mencipta satu folder yang tidak boleh di padam pada PC Windows. Kaedah ini sangat sesuai sekiranya anda berkongsi PC dengan anak-anak yang mana mungkin akan ter “delete” fail-fail penting dalam PC.
Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Masuk ke fungsi Command terlebih dahulu.
Langkah 2
Masuk ke “partision” yang anda ingin cipta folder tersebut. Sebagai contoh, kami masuk ke partition D dengan menaip “D:”
Langkah 3
Untuk mencipta folder kalis padam tersebut taip kod seperti berikut. iaiti “md lpt1” kemudian tekan “enter” .
Langkah 4
Masuk ke Disk D: tadi , Anda akan dapati satu folder dengan nama lpt1 akan muncul.
Apabila anda cuba memadam folder tersebut maka paparan berikut akan muncul dan tidak membenarkan proses pemadaman tersebut
Langkah 5
Sekiranya anda ingin memadam folder tersebut, apa yang anda perlu lakukan ialah masuk kembali ke fungsi command dan taip kod berikut “rd lpt1\” dan tekan “Enter“. Folder tersebut akan terus hilang.
Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, selamat mencuba.