Masalah Tetapan alamat IP yang tidak sah pada sambungan Wi-Fi” kerap berlaku pada PC jenis Windows. Berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan kembali sambungan Wi-Fi bagi mengasatasi masalah tersebut.
Sebelum anda mengubah apa – apa tetapan, pertama sekali “Reboot” PC anda terlebih dahulu.
Sekiranya masalah tersebut masih ada, seterusnya buat carian aplikasi Powershell dan bukanya sebagai Administrator.
Pada tetingkap powershell masukkan 2 kod berikut.
ipconfig /release
ipconfig /renew
Pastikan anda masukkannya secara berasingan disusuli dengan menekan kekunci Enter
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.