Kepada anda yang ingin melakukan perkongsian fail daripada Google Drive boleh sahaja menghantarkan pautan kepada individu atau kumpulan yang anda inginkan.

Namun sekiranya fail yang besar dan lebih daripada satu adalah lebih sesuai dan selamat dilakukan dengan berkongsikannya terus pada akaun Google drive penerima.

Caranya sangat mudah, pertama sekali masuk ke menu Google Drive.

Seterusnya pilih mana – mana fail atau folder kemdian klik kanan dan pilih menu Share.

Pada ruangan tersebut, masukkan alamat Gmail yang ingin anda kongsikan failnya.

Akhir sekali pilih akses perkongsian tersebut sama ada viewer, commenter atau editor. Hati – hati sekiranya memilih akses sebagai editor, kerana pengguna tersebut akan mempunyai akses untuk mengubah konten dan tetapan fail.

Setelah tombol send ditekan, ianya akan dihantar ke inbox Gmail pengguna tersebut untuk diterima, selesai.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini, semoga bermanfaat.