Kepada anda yang menggunakan PC jenis Windows, berikut kami kongsikan cara untuk berkongsi fail dengan pantas menggunakan sambungan Wi-Fi.
Pertama sekali masuk ke menu Setting.
Kemudian pilih menu System > Nearby Sharing.
Seterusnya ubah tetapan berikut kepada mod Everyone Nearby.
Untuk memulakan perkongsian, klik kanan pada mana – mana fail dan pilih menu berikut.
Pada paparan seterusnya akan muncul paparan peranti yang boleh anda pilih untuk memulakan perkongsian. klik sahaja pada ikon peranti yang anda inginkan.
Maka fail tersebut akan dihantar kepada penerima. Peranti tersebut akan menerima notifikasi pengesahan sebelum menerima fail yang dihantar.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bemanfaat.