Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Berbual atau Menghantar Mesej Rahsia Menggunakan iPhone

Posted on Julai 22, 2022

Kepada anda yang risau sekiranya kandungan mesej atau perbualan yang sensitif dibaca oeh orang lain pada aplikasi seperti Whatsapp atau Telegram, berikut kami kongsikan cara alternatif yang boleh dicuba untuk berbalas mesej atau berkongsi maklumat menggunakan aplikasi Notes pada iPhone.

Pertama sekali masuk ke aplikasi Notes dan klik pada ikon berikut.

Seterusnya klik pada ikon 3 titik pada bahagian atas.

Pilih menu Share Note.

Kemudian masuk ke menu Share options untuk mengubah tetapan asal.

Ubah kepada tetapan seperti dibawah.

Salin pautan untuk dihantar pada individu yang ingin anda lakukan perbualan rahsia tersebut.

Sebelum anda kongsikan pautan jemputan tersebut, masukkan senarai nama yang akan anda kongsikannya.

Akhir sekali hantarkan link yang anda salin sebentar tadi melalui mana – mana platform yang sesuai.

Setelah disahkan oleh individu tersebut maka anda boleh memulakan perbualan pada fail Notes yang anda kongsikan sebentar tadi tanpa perlu risau dilihat oleh pihak ketiga.

Untuk hentikan perkongsian helaian Notes tersebut, masuk ke menu Manage Shared note

dan tap pada menu remove Access

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress