Antara keperluan minimum untuk menjalankan Windows 11 adalah komputer mesti dilengkapi Trusted Platform Module (TPM) 2.0 dan kebolehan UEFI Secure Boot.

Jika komputer anda masih menunjukkan mesej “This PC Can’t Run Windows 11” selepas menjalankan PC Health Check, mungkin kedua-dua ciri tersebut tidak dihidupkan.

Pertama sekali anda perlu membuka menu konfigurasi UEFI (dulu dikenali sebagai BIOS) dengan menekan butang F2 ketika komputer dihidupkan.

Kemudian anda perlu mencari tab “Security” di Setup Utility. Selepas itu pastikan bahagian TPM” dihidupkan atau Enabled.

rupa Setup Utility mungin berbeza mengikut komputer

Seterusnya, pergi ke tab “Boot” dan pastikan bahagian “Secure Boot” juga dihidupkan atau Enabled.

Akhir sekali pastikan anda tekan “Save and Exit” sebelum keluar dari konfigurasi UEFI. Selepas komputer mula semula (restart), jalankan PC Health Check sekali lagi.

Jika masih tidak melepasi pemeriksaan keserasian, besar kemungkinan komputer anda tidak memenuhi keperluan minimum lain untuk naik taraf Windows 11.

Sumber: howtogeek