Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Aktifkan Bunyi ‘Background’ Pantai Pada iPhone, Melalui ‘Hearing’

Posted on Mei 27, 2022

Tahukah anda bahawa iPhone yang menjalankan iOS 15 ke atas mempunyai ciri ‘Hearing’ yang membolehkan untuk memainkan bunyi ‘background’ persekitaran?

Kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan kerja sehingga sampai suatu masa, rasa rindu nak pergi bercuti di pantai untuk dengar bunyi laut yang menenangkan.

Melalui ciri ‘Hearing’ ini, tanpa perlu pergi ke pantai, anda sudah boleh dengar bunyi laut pada iPhone anda.

Begini caranya.

Cara aktifkan ‘Hearing’ pada iPhone

Langkah 1: Pergi ke ‘Settings’ dan klik ‘Control Centre’.

iphone hearing

Langkah 2: Aktifkan ‘Hearing’.

iphone hearing

Langkah 3: Luncur ‘Control Centre’ dari bahagian atas kanan, kemudian klik ikon ‘Hearing’.

iphone hearing

Langkah 4: Klik ‘Background Sounds’ di bahagian bawah skrin untuk aktifkan.

Langkah 5: Pilih bunyi persekitaran yang ingin didengar.

bunyi background iphone

Anda kini boleh dengar bunyi ‘background’ pada iPhone anda.

Semoga dapat membantu menenangkan jiwa mendengarnya!

Baca juga:

  • Cara ‘Restore’ Kenalan iPhone Dari iCloud
  • Ini Kos Ganti Dan Baik Pulih Jika Skrin, Bateri iPhone Anda Rosak
  • Hanya Guna ‘Back Tap’ Pada iPhone Untuk Dapat Duit Raya, Ikut Cara Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress