Canon Marketing Malaysia (“Canon”) tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab khidmat masyarakat dengan turut sama menghulurkan bantuan berbentuk makanan kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan Pandemik COVID-19 ketika ini.

Canon memaklumkan, mereka telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM48,000 yang dikumpulkan dari kakitangannya untuk membekalkan makanan asas kepada 500 isi rumah yang memerlukan di 6 buah negeri iaitu Selangor, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor dan Pulau Pinang.

Antara barangan asas yang dihulurkan termasuklah beras, tepung, gula, minyak masak, bihun, susu sejat, garam, kopi dan teh, serta biskut dan telur.

Selain bantuan berbentuk makanan, baru-baru ini Canon juga telah menyumbangkan sebuah mesin penyalin pelbagai fungsi kepada Rumah Kebajikan Guru Shree Raghavendra di Kulaijaya, Johor supaya kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan.

Canon berharap dengan adanya mesin penyalin pelbagai fungsi tersebut, kanak-kanak tersebut dapat membuat salinan buku teks dan nota latihan untuk membantu pembelajaran dalam talian mereka

Inisiatif Canon ini merupakan usaha sama antara kakitangan Canon dan turut disertai lagi dengan beberapa organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) tempatan.