Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Canon Kekal Sebagai Pengeluar Pencetak Pilihan Pengguna

Posted on Mac 30, 2022

Umum pastinya tidak asing lagi dengan jenama Canon yang banyak mengeluarkan alat eloktronik berkualiti termasuk pencetak. Baru-baru ini, Canon telah diiktiraf oleh firma penyelidik pasaran IDC dalam senarai Peranti Perisian Salinan Cetak Suku Tahunan Sedunia 2021 (Worldwide Quarterly Hardcopy Peripherals Tracker 2021Q4) bagi segmen pencetak.

Menurut IDC, Canon adalah jenama perintis dalam segmen Pencetak Inkjet untuk 26 tahun berturut-turut sejak tahun 1996.

IDC juga melaporkan bahawa Canon ialah jenama Pencetak Laser teratas untuk 7 tahun berturut-turut sejak tahun 2015.

Ketua Bahagian Produk Sistem Pengguna di Canon, Sandy Lee, berkata pencapaian ini adalah sejajar dengan dedikasi dan komitmen Canon untuk menyediakan produk berkualiti dan sokongan perkhidmatan selepas jualan yang meluas.

canon pencetak
Sumber: Canon
canon pencetak
Sumber: Canon

Sebagai penyedia penyelesaian perniagaan menyeluruh, Canon menawarkan rangkaian produk yang luas untuk kedua-dua segmen pasaran business-to-business (B2B) dan business-to-consumer (B2C).

Untuk segmen pasaran B2C, Canon menawarkan pelbagai jenis pencetak rumah dan pencetak foto profesional, yang amat menarik untuk pelajar, eksekutif muda, pengguna di rumah, dan jurugambar.

Manakala bagi segmen pasaran B2B, Canon menawarkan pencetak inkjet dan laser berprestasi tinggi supaya dapat membantu perniagaan menyampaikan prestasi percetakan yang cemerlang.

Dengan sloga “Delighting You Always“, Canon berkata sokongan selepas jualan mereka adalah salah satu faktor utama yang membantu syarikat untuk menarik pelanggan baharu dan pada masa yang sama mengekalkan pelanggan sedia ada.

Sumber: Siaran akhbar Canon

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Canon Malaysia Lantik Shunji Yoshikai Sebagai Presiden Dan CEO Baharu
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress