Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dron

Canggih, Ladang Durian 700 Ekar Guna Dron Untuk Sembur Racun Perosak

Posted on Mei 25, 2022

Siapa sangka sebuah ladang durian di Batu Pahat seluas 700 ekar menggunakan teknologi canggih seperti dron untuk menyembur racun perosak.

Bukan itu sahaja, ladang ini juga turut menggunakan sensor untuk mengambil bacaan tanah serta sistem renjisan yang merenjis baja melalui sentuhan butang.

Dalam pasaran durian di Asia Tenggara, Top Fruits Plantations telah beralih kepada kaedah berteknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluarannya.

Pengarah urusan, Tan Sue Sian, berkata ia adalah cara yang lebih pantas untuk mendapatkan hasil yang lebih konsisten dari segi bentuk, dan aroma yang lebih baik.

Melalui teknologi yang digunakan, petani boleh mengukur dengan lebih tepat kuantiti baja dan air yang diperlukan oleh pokok.

dron
Sumber: The Straits Times

Peranti sensor dimanfaatkan sehingga 400 ekar (160 hektar) ladang, dipasang pada tiang, disambungkan ke tanah dengan satu siri kabel di ladang Top Fruits, Batu Pahat.

Sistem renjisan pula dipasang pada rangkaian paip yang diaktifkan dari jauh untuk menyembur baja ke pokok, manakala dron berlegar di atas ladang untuk menyembur racun perosak.

Dilaporkan Top Fruits membelanjakan sekitar RM4 juta sejak tiga tahun lalu untuk teknologi itu.

Sumber: The Straits Times

Hasilnya, 800 tan durian dari ladangnya dapat dikeluarkan setiap tahun, dengan lebih 80% tanamannya dibekukan di kilang untuk dieksport ke luar negara, yang kebanyakannya ke China.

Sumber: The Star

Gambar utama: The Straits Times

Baca juga:

  • Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit
  • Awas, Pesalah Trafik Dipantau JPJ Menggunakan Dron
  • Dron Bersaiz Tapak Tangan Ini Mampu Bergerak Tanpa ‘Pilot’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress