Dua hari lepas, Microsoft telah membeli Activision Blizzard dan langkah ini telah mengejutkan hampir semua orang. Activision merupakan antara syarikat yang besar dengan memegang sejumlah besar francais permainan popular seperti Call of Duty, World of Warcraft, Diablo dan Candy Crush Saga.
Oleh kerana Xbox dibawah Microsoft, timbul spekulasi bahawa permainan Call of Duty akan datang yang sedang dalam fasa pembikinan akan menjadi permainan eksklusif untuk Xbox. Namun, Phil Spencer, ketua Xbox Microsoft menafikan perkara tesebut melalui ciapannya.
Had good calls this week with leaders at Sony. I confirmed our intent to honor all existing agreements upon acquisition of Activision Blizzard and our desire to keep Call of Duty on PlayStation. Sony is an important part of our industry, and we value our relationship.
— Phil Spencer (@XboxP3) January 20, 2022
Phil Spencer menyatakan Activision sedia memeterai perjanjian bersama dengan Sony dan mereka akan menghormati kerjasama tersebut. Selain itu beliau turut memandang Sony sebagai salah satu pemain penting dalam industri dan mahu menjaga hubungan yang sedia terjalin. Namun begitu, kita tidak dapat menjangkakan pada masa hadapan sama ada ia akan berterusan ataupun spekulasi ini timbul lagi kelak.
Sumber: XDA Developers
Baca juga: