Gabenor California, Gavin Newsom hari ini telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan jualan kenderaan bahan bakar seperti petrol dan diesel di negeri tersebut bermula tahun 2035.
Arahan ini dikeluarkan seiring dengan polisi California untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon. Seperti diketahui umum, California sebelum ini menghadapi kebakaran hutan melampau sehinggakan langit bertukar menjadi oren.
NEW: We’re facing a climate crisis.
We need bold action.
CA is phasing out the internal combustion engine.⁰
By 2035 every new car sold in CA will be an emission free vehicle.Cars shouldn’t give our kids asthma.
Make wildfires worse.⁰
Melt glaciers.Or raise sea levels.
— Gavin Newsom (@GavinNewsom) September 23, 2020
Arahan ini adalah ditujukan untuk kereta baharu sahaja, jadi penduduk California yang sudah sedia memiliki kenderaan petrol/diesel, mereka tidak tertakluk di bawah arahan ini.
California merupakan negeri pertama di Amerika Syarikat yang bertindak untuk mengharamkan kenderaan sebegini.
Negara-negara lain di seluruh dunia pun sudah mula merancang untuk mengharamkan kenderaan tradisional ini.
Antara negara yang terlibat adalah Norway pada tahun 2025, manakala Perancis dan United Kingdom pula pada tahun 2040 dan 2050.
Melalui: The New York Times