Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (NOAA) telah mengeluarkan amaran berkaitan ramalan bahawa Bumi berpotensi dilanda ribut solar berskala G1 dan G2 hari ini.
Ia selepas NOAA mengesan berlakunya aktiviti hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) oleh Matahari beberapa hari lalu.
CME itu diramal akan menghasilkan ribut solar yang dianggarkan bergerak pada kelajuan 600KM/s menuju ke Bumi hari ini.
A long duration C2 solar flare launched an asymmetrical full halo coronal mass ejection into space. The solar plasma cloud is likely to arrive at Earth late on Sunday, 13 March. Minor G1 geomagnetic storm conditions are likely with a chance of moderate G2 conditions. pic.twitter.com/cl1hqR7i69
— SpaceWeatherLive (@_SpaceWeather_) March 11, 2022
NOAA telah mengeluarkan amaran aktif tentang fenomena ini dengan mengkategorikan skala ribut solar yang akan melanda Bumi ini nanti sebagai minor (G1) dan sederhana (G2) sahaja.
Sungguhpun begitu, NOAA tetap bimbang akan ribut solar ini yang mungkin berpotensi mengganggu posisi satelit di orbit serta rangkaian gelombang radio berfrekuensi tinggi.
Fenomena Aurora juga dijangka boleh dilihat dengan jelas di beberapa tempat seperti di New York, AS, Kanada dan Alaska.