Satu kejadian ribut solar dilaporkan akan melanda Bumi yang dijangka akan berlaku pada hari Ahad (11 Julai 2021) atau pada hari Isnin ini (12 Julai 2021).

Menurut laporan oleh laman Spaceweather.com, ribut solar itu yang berasal dari atmosfera matahari akan bergerak pada kelajuan 1.6 juta kilometer/jam dan mungkin bertambah laju sehingga melanda bumi.

Kesannya, ia akan memanaskan suhu atmosfera luar Bumi sekaligus memberi impak terhadap isyarat rangkaian telekomunikasi seperti telefon pintar, satelit TV dan GPS.

THE SOLAR WIND IS COMING: Later today, a high-speed stream of solar wind is expected to hit Earth’s magnetic field. Flowing from an equatorial holein the sun’s atmosphere, wind speeds could top 500 km/s. Full-fledged geomagnetic storms are unlikely, but lesser geomagnetic unrest could spark high latitude auroras.” Spaceweather.com.

Selain daripada impak kepada rangkaian komunikasi, ribut solar juga akan menghasilkan pemandangan indah yang dikenali sebagai aurora pada waktu malam yang boleh dilihat di Kutub Utara dan Selatan.

Sumber: Spaceweather.com, India.com