Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Github Buang Aplikasi Kontroversi Lelong Wanita Muslim Di India

Posted on Januari 6, 2022Januari 6, 2022

Sebuah aplikasi yang bernama Bulli Bai didapati melelong wanita beragama Islam di India dengan memuat naik gambar mereka tanpa kebenaran.

Frasa “Bulli Bai” ini mengandungi kata-kata kesat yang bermaksud “zakar” dan “bibik” di sesetengah bahagian India. Ia terma yang digunakan untuk mengaibkan wanita beragama Islam di sana. Pemenang anugerah Nobel yang berasal dari Pakistan, Malala Yousafzai juga tidak terkecuali.

Platform yang tersedia melalui Github ini bertujuan menghina wanita Muslim di India telah memuat naik lebih 100 gambar wanita Muslim termasuk pelakon terkenal Shana Azmi, isteri hakim, wartawan, aktivis dan ahli politik.

Bagaimanapun, dalam kedua-dua Sulli Deals dan Bulli Bai, tiada transaksi fizikal berlaku seperti pemerdagangan manusia atau seumpamanya tetapi ia hanya mengiklankan wanita Muslim tanpa kebenaran dengan tujuan untuk memalukan mereka.

Tiga suspek iaitu 2 lelaki berusia 21 tahun dan 18 tahun wanita telah ditahan polis di Mumbai untuk siasatan berkaitan platform tersebut. Pun begitu, kebanyakan mangsa berasa perkara ini tidak akan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Julai tahun lalu, sebuah perkara yang sama telah berlaku melalui aplikasi dipanggil “Sulli Deals“. GitHub memberitahu yang mereka telah menggantung pemilik aplikasi Bulli Bai kerana melanggar polisi mereka.

Amnesty International pada 2018 telah menyimpulkan bahawa di India, lebih lantang seseorang wanita bersuara, lebih tinggi risiko mereka untuk menjadi sasaran lebih-lebih lagi jika mereka datang dari kelompok agama minoriti dan golongan kurang bernasib baik.

Sumber: Al-Jazeera, BBC

Baca juga:

  • Professor Beri Amaran Bitcoin Mungkin Boleh Hilang Secara Tiba-Tiba
  • Apple Gantung Operasi Kilang Foxconn, 250 Pekerja Keracunan Makanan
  • ‘Trade-in’ Nintendo Switch Untuk Mi Dan Roti, Penduduk Marah Kerajaan China Kerana Dikurung Tanpa Bekalan Makanan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress