Sepanjang pemerhatian oleh para saintis National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) setakat bulan Jun 2021, mereka mendapati secara global, suhu permukaan bumi yang direkodkan dalam bulan tersebut adalah 0.88 darjah selsius lebih tinggi daripada suhu purata sepanjang tempoh 142 tahun.

Suhu daratan bumi pula merekodkan peningkatan suhu sebanyak 1.42 darjah selsius juga lebih tinggi daripada suhu purata. Malah lebih tinggi dari apa yang direkodkan dalam bulan Jun tahun 2019 dahulu.

Antara rantau yang terkesan teruk dengan keadaan ini adalah bahagian Amerika Utara dan Afrika di mana ia merekodkan suhu tertinggi bagi bulan Jun lalu.

Manakala rantau Asia dan Eropah merekodkan suhu kedua tertinggi pada Jun lalu.

Akibat daripada suhu yang meningkat itu, NOAA mendapati ais yang meliputi Lautan Artik kini hanya seluas 4.14 juta batu persegi dalam Jun 2021, di mana ia adalah 405,000 batu persegi lebih kecil berbanding ketika antara tahun 1981-2010 dahulu.

Sumbe: NOAA, Climate Connections

Baca juga: Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?

NASA Memperlihatkan Video Selang Masa 10 Tahun Matahari Yang Dirakam Kapal Angkasa SDO