Umum mengetahui bahawa LG rasmi sudah keluar dari perniagaan telefon pintar. Namun, kedai-kedai LG selepas ini mungkin masih dibanjiri orang ramai nanti.

Ini kerana laporan dari Business Korea mengatakan LG kini dalam perbincangan dengan Apple untuk menjual iPhone di lebih daripada 400 kedai LG Best Shop di seluruh Korea Selatan.

Baca juga – LG Dilapor Sedang Membangunkan Teknologi OLED Baharu

Bukan itu sahaja, peranti seperti iPad dan Apple Watch turut akan dijual di situ. Bagi komputer Mac pula, mungkin tidak akan berlaku kerana ia akan bersaing dengan komputer mereka.

Tambahan lagi, ini mungkin salah satu langkah LG untuk menguatkan lagi kerjasama antara mereka memandangkan Apple juga mendapat bekalan panel OLED dari LG. Jadi tidak mustahil ia akan berlaku.

Walau bagaimanapun, LG belum mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dan berharap perbincangan ini menemui kata putus pada penghujung Julai ini.

Sumber: Business Korea