Beberapa hari lepas kecoh apabila iPhone 13 dikatakan dijangka mempunyai sokongan telefon menggunakan rangkaian satelit LEO. Namun, perkara ini dinafikan pakar 5G Sacha Segan yang mana mungkin iPhone boleh mempunyai komunikasi satelit tetapi hanya menghantar mesej melalui fungsi kecemasan (emergency message) apabila tiada liputan.

Terbaru, terdapat pula laporan mengatakan Huawei akan menawarkan komunikasi satelit juga pada peranti Mate 50. Ia menggunakan sistem navigasi satelit Beidou di China.

Gambar dari China Daily

Bermakna, ia dijangka disokong buat pengguna di China terlebih dahulu. Fungsinya sama seperti Sacha Segan memberitahu, iaitu membenarkan SMS kecemasan melalui satelit.

Bagaimanapun, perkara ini masih lagi spekulasi dan nama Mate 50 disebut-sebut kerana telefon andalan Huawei ini juga mungkin dilancarkan tahun hadapan.

Malah, Ming-Chi Kuo juga berpendapat teknologi tersebut mungkin digunapakai pengeluar telefon pintar pada tahun 2022.

Sumber: gizchina

Foto utama: cgtn

Baca juga: