Android 12 Beta 4 telah pun dilepaskan kepada pengguna baru-baru ini yang mana versi tersebut lebih stabil. Namun, pada masa yang sama kemas kini baharu itu dikatakan memberi gambaran terhadap spesifikasi kamera telefon Google Pixel 6.

Berdasarkan kod yang dijumpai dalam Android 12 Beta 4, ia ada menyatakan ‘p21’ yang dirujuk sebagai siri Pixel 6 dan bersama-sama ‘gn1_wide’.

Buat pengetahuan, GN1 adalah sensor kamera 50 MP daripada Samsung dimana ia telah dilancarkan pada Mei tahun lalu. Apa menarik tentangnya adalah ia menawarkan teknologi auto-fokus dwi-piksel.

Samsung menyatakan sensor tersebut memfokuskan gabungan antara auto-fokus yang setaraf kamera DSLR dan juga prestasi ketika cahaya malap.

Sementara itu, siri Pixel 6 ini juga mungkin akan menggunakan modem Samsung Exynos 5123B. Malah, cip Tensor pun dikatakan adalah dari Samsung Exynos.

Sumber: 9to5google

Baca juga: