Clubhouse, sebuah aplikasi media sosial baru yang memfokuskan komunikasi audio atau suara telah meningkat naik popularitinya.
Populariti Clubhouse juga menyaksikan ia antara paling banyak dimuat turun menerusi App Store memandangkan ia hanya ditawarkan buat iOS sahaja buat masa sekarang.
Melihat kepada peningkatan drastik sehingga menerima jumlah pengguna aktif mingguan sebanyak 2 juta, mereka dikatakan sedang membangunkan Clubhouse untuk platform Android pula.
~some personal news~ (are we still doing that 👀)
Today was my first day at @joinClubhouse
If you know me, you probably know I have *opinions* about iOS only apps 😆 so I'm v. excited to be joining the team to bring the party to Android ✨
— Mopewa (@mopewa_o) February 23, 2021
Dengan ini, pengguna Android mungkin dapat menerima Clubhouse tidak lama lagi dan perlu diingatkan, aplikasi ini masih belum ada di Play Store.
Clubhouse yang sudah ada di Play Store sekarang hanyalah aplikasi pengurusan projek perisian dan bukan media sosial.
Sumber: CNBC