Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bukan Hanya Untuk Apple, LumaFusion Akan Ada Untuk Android Juga

Posted on Februari 10, 2022

Pengguna Apple khususnya tablet iPad yang gemar melakukan penyuntingan video secara mudah alih, pasti sudah mengenali aplikasi popular LumaFusion.

Kalau sebelum ini mereka boleh berlagak kerana aplikasi tersebut hanya terhad untuk peranti Apple, selepas ini tidak lagi.

Hal ini kerana semasa acara Galaxy Unpacked sebentar tadi, aplikasi LumaFusion akhirnya diumumkan secara rasmi buat peranti Android dimana siri Galaxy Tab S8 adalah pertama yang menerimanya.

Seperti Apple, LumaFusion ini akan ditawarkan menerusi Galaxy Store dan dijangka ia memerlukan pengguna untuk membelinya.

Dengan ini, aplikasi penyuntingan video yang berkuasa akhirnya dapat digunakan pada tablet Android yang berkuasa juga.

Namun begitu, diramalkan peranti Android lain pasti akan menerimanya juga nanti pada masa hadapan.

Baca juga:

  • Siri Samsung Galaxy Tab S8 Rasmi, Tablet Android Dengan Harga Premium

  • Tiada Exynos , Semua Siri Galaxy S22 Dan Galaxy Tab S8 Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1

  • Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 – 6.8″ AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress