Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maybank2u secure2u mae

Bukan Hanya Pindah Wang, Ubah Tetapan Dalam Maybank2u Juga Perlu Secure2u

Posted on April 14, 2022

Secure2u ialah sebuah ciri keselamatan pada perkhidmatan perbankan Maybank sama ada di Maybank2u mahupun MAE.

Kalau dulu, TAC dihantar melalui SMS untuk mengesahkan satu-satu transaksi, kini ia diganti dengan Secure2u yang melibatkan sambungan internet.

Bagi yang kurang mengenalinya, Secure2u menawarkan 2 pilihan, sama ada dengan menekan butang ‘Approve’ atau masukkan 6 digit dihantar melalui aplikasi.

Terkini, Maybank mengumumkan bahawa Secure2u bukan hanya digunakan untuk pemindahan wang tetapi juga semua perubahan yang anda lakukan pada Settings atau Tetapan pada Maybank2u.

Dengan itu, pendaftaran DuitNow, pengeluaran wang tanpa kad, Foreign Telegraphic Transfer (FTT) antara yang termasuk dengan pelaksanaan Secure2u ini.

Jika anda menggunakan dua aplikasi, Maybank2u dan MAE, Secure2u hanya boleh digunakan pada salah satu aplikasi sahaja.

Baca juga:

  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri
  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya
  • Tiada Lagi TAC Melalui SMS, Maybank Hanya Sokong Secure2U Untuk Pemindahan Wang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress