Pada bulan lepas, Qualcomm sudah mengumumkan Snapdragon 888+ dimana ia adalah cip yang menerima sedikit naik taraf daripada Snapdragon 888.

Namun, sebelum itu terdapat khabar angin pengganti Snapdragon 888 sedang diuji beberapa pengeluar di China. Terbaru ada laporan mengatakan cip andalan seterus dari Qualcomm adalah Snapdragon 898 dan bukannya Snapdragon 895.

Dalam pada itu, iceuniverse turut mendedahkan Snapdragon 898 mempunyai teras utama X2 dengan kelajuan 3.09GHz. Jika benar Snapdragon 895 dan Snapdragon 898 adalah sama, bermakna gambaran awal spesifikasinya dapat diketahui.

Ura-ura pada Snapdragon 895, ia menggunakan teras GPU Adreno 730 dan 8 teras CPU yang mengandungi Cortex-X2, Cortex-A710 dan Cortex-A510. Dikatakan juga, cip ini berasaskan pemproses 4nm, sama dengan laporan sebelum ini.

Melaluinya, berkemungkinan peranti pertama yang dijana cip tersebut adalah siri Redmi K50 dan mungkin tiba tidak lama lagi.

Sumber: mydrivers

Foto utama: notebookcheck

Baca juga artikel berkaitan: