Bagi sebahagian pemohon Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) pastinya gembira kerana permohonan mereka telah diluluskan.

Malah mungkin sebahagian besar darinya telah pun menerima bayaran one-off berjumlah RM3,000 menerusi akaun bank mereka yang mula dibayar dari 30 November lalu.

Walaubagaimanapun, pastinya ada sebahagian pemohon GKP 2.0 gagal dalam permohonan mereka.

Jadi berita baik untuk anda, Kerajaan telah mengumumkan bahawa permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember ini.

Ia dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau memaklumkan, untuk edisi pertama GKP dan GKP 2.0, hampir 850,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro telah menerima geran tersebut.

Jumlah bantuan kewangan keseluruhan yang telah disalurkan pula adalah sebanyak RM2.55 bilion.

Jadi bagi pemohon GKP 2.0 yang ditolak, mereka bolehlah membuat rayuan bermula 7 Disember ini.

Permohonan rayuan GKP 2.0 boleh dibuat secara atas talian melalui portal https://gkp.hasil.gov.my.

Sumber: LHDN