Menurut laporan dari media Korea Selatan, Samsung dilaporkan tidak akan berjaya mencapai sasaran penjualan telefon pintar mereka iaitu sebanyak 300 juta unit.

Menurut laporan itu lagi, ia merupakan kali pertama bagi Samsung dalam tempoh 9 tahun yang dijangkakan hanya akan mampu menjual sebanyak 270 juta unit telefon pintar sahaja di seluruh dunia untuk tahun ini.

Sebelum ini setakat suku ketiga tahun 2020, Samsung mengesahkan bahawa mereka telah berjaya menjual sebanyak 189 juta unit telefon pintar.

Sungguhpun tidak mencapai sasaran penjualan mereka pada tahun ini, Samsung masih lagi menerajui carta pasaran telefon pintar dunia setakat suku ketiga 2020.

Sumber: Counter Point

Sumber: GSMArena