Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah mengadakan lawatan ke Pusat Transparensi Kaspersky Di Switzerland.
Lawatan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif NACSA, En. Rahamzan Bin Hashim telah disambut mesra oleh Ketua Hal Ehwal Awam untuk rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah, Turki dan Afrika di Kaspersky, Cik Genie Sugene Gan bersama dengan Pengurus Besar Kaspersky untuk Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong.
{suggest}
Pusat Transparensi Kaspersky pertama Di Switzerland telah pun dibuka dalam tahun 2018 dahulu. Lawatan ini merupakan kali pertama Pusat Transparensi itu menerima lawatan pegawai berpangkat tinggi dari Malaysia.

Selain Switzerland, Kaspersky juga turut membuka Pusat Tranparensi di beberapa lokasi lain termasuklah Kuala Lumpur (Malaysia), Madrid (Sepanyol), Rom (Italy), São Paulo (Brazil), Singapura, Tokyo (Jepun), Utrecht (Belanda) dan Woburn (Amerika Syarikat).
Kaspersky menyatakan, mereka adalah satu-satunya penyedia keselamatan siber yang menawarkan kepada kerajaan dan syarikat berkaitan gambaran dan teknikal tentang amalan keselamatan siber dan sumber kod.
Sumber: Media Kaspersky