Masih tercari-cari model jam pintar menarik yang sesuai untuk anda? 2 model jam pintar terbaru dari Huawei ini mungkin bakal menjadi pilihan anda.
HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro yang baru sahaja dilancarkan dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti membolehkan anda membuat panggilan dan mendengar lagu terus dari pergelangan tangan anda.
Selain itu ia juga dilengkapi dengan pengesan kejatuhan, fungsi SOS serta monitor suhu.
HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro menggunakan skrin sentuh AMOLED berwarna bersaiz 1.43 inci, RAM 2GB, storan terbina 16GB serta dikuasakan oleh HarmonyOS.
HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro masing-masing berharga RM1,699.00 dan RM2,199.00 sudah pun boleh dibeli menerusi HUAWEI Store Online dan rakan stor HUAWEI yang terlibat seperti Lazada HUAWEI Flagship Store,Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng.
Untuk info lanjut tentang HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro ini, sila layari laman rasmy Huawei.com/my
Baca juga: Sebanyak 3 Model HUAWEI MatePad Dilancarkan, Dikuasakan Oleh HarmonyOS 2
HUAWEI nova 8i Dilancarkan, Menyokong Pengecasan Pantas 66W
HUAWEI FreeBuds 4 Dengan Pembatalan Hingar 2.0 Dilancarkan
Huawei Melancarkan MateView Dan MateView GT, Monitor Berprestasi Tinggi