Qualcomm sejak sekian lama telah menjadi dominasi cip pilihan pengeluar dalam telefon pintar mereka.

Terkini, menurut Counterpoint, buat pertama kalinya MediaTek telah menjadi penghasil cip terbesar untuk suku ke-3 2020 dengan mengalahkan Qualcomm.

Menerusi laporan yang dikeluarkan, MediaTek berjaya mengaut perkongsian pasaran global sebanyak 31% berbanding 29% yang dimiliki Qualcomm.

Walaupun hanya berjarak 2%, ia merupakan data yang signifikan disebabkan ini merupakan kali pertama MediaTek berjaya memperoleh pencapaian sebegini.

Pun begitu, Qualcomm masih lagi pemegang takhta untuk penjual cip 5G terbanyak secara global dengan perkongsian sebanyak 39%.

Antara faktor utama bagaimana MediaTek berjaya mengalahkan Qualcomm adalah disebabkan penawaran telefon yang lebih mampu milik terutamanya di negara China dan India.

Sekatan Amerika ke atas Huawei turut dikatakan salah satu faktor lain disebabkan pengeluar mempunyai alternatif lebih mampu milik dengan kewujudan cip dari MediaTek.

Selain dari MediaTek dan Qualcomm, cip Huawei HiSilicon Kirin, Samsung Exynos dan Apple masing-masing mengaut perkongsian pasaran sebanyak 12%.

Tambahan dari Counterpoint, Qualcomm masih mempunyai peluang untuk mengembalikan dominasi mereka sebagai penjual cip terbesar menerusi suku ke-4 2020 pula.

Laporan penuh di: Counterpoint