Aplikasi pelayar Microsoft Edge yang semakin popular kini menjadi sasaran para pembangun extension tidak bertanggungjawab.

Ini kerana mereka membangunkan extension meragukan yang menyerupai extension dari pembangun sah dan ada juga yang hanya meniru extension popular dari pelayar Chrome.

Malah extension meragukan yang ditawarkan mereka di portal Microsoft Edge Add-ons itu juga turut memaparkan lambakan iklan-iklan.

Susulan itu, pihak Microsoft telah bertindak dengan membuang sebanyak 18 extension dari portal tersebut.

Berikut adalah 18 extension yang telah dibuang Microsoft dari pelayar Edge:-

  • The Great Suspender
  • Floating Player – Picture-in-Picture Mode
  • Go Back With Backspace
  • friGate CDN – smooth access to websites
  • Full Page Screenshot
  • One Click URL Shortener
  • Guru Cleaner – cache and history cleaner
  • Grammar and Spelling Checker
  • Enable Right Click
  • FNAF
  • Night Shift Redux
  • Old Layout for Facebook
  • NordVPN
  • Adguard VPN
  • TunnelBear VPN
  • Ublock Adblock Plus
  • Greasemonkey
  • Wayback Machine

Jadi sekiranya anda ada memasang extension yang disenaraikan di atas, bolehlah segera membuangnya segera.

Sumber: ZDNet