Pada Ogos tahun 2020, OnwardMobility dan FIH Mobile mengambil alih BlackBerry. Bermula dari itu, timbul khabar angin peranti BlackBerry akan kembali pada tahun 2021.

Walaupun hampir setahun tidak kedengaran mengenainya, kini OnwardMobility melancarkan “Pre-Commitment Program” dimana ia bertujuan untuk anda yang berminat terhadap telefon BlackBerry baharu ini. Selain menerima maklumat baharu, anda juga akan menjadi terawal memilikinya nanti.

Buat masa sekarang, tiada maklumat berkaitan tarikh pelancarannya. Namun apa yang pasti, ia menyokong rangkaian 5G dan menampilkan papan kekunci fizikal yang cukup sinonim sejak kemunculan BlackBerry di arena telefon.

Terdahulu, LetsGoDigital pernah memberikan gambaran awal bagaimana rupa telefon pintar tersebut. Oleh yang demikian, adakah anda masih berminat dengan BlackBerry?

Sumber: xda

Baca juga artikel berkaitan: