Black Shark sedia menawarkan aksesori penyejukan untuk telefon pintar gaming mereka. Namun sebelum ini, ia hadir dengan rekaan klip yang memerlukan pengguna menyangkutnya disisi peranti.

Kini, Black Shark Malaysia mengumumkan Black Shark Magnetic Cooler sudah boleh dibeli pengguna tempatan.

Penyejuk magnetik ini berkemampuan berputar pada kadar 7200RPM, dan integrasi komponen dalaman berupaya mengurangkan suhu sehingga 23°C.

Sekiranya anda menggunakan siri iPhone 12, ia boleh dilekatkan terus pada belakang telefon. Sementara itu bagi peranti lain, anda perlu melekatkan pelekat magnet pengalir haba yang disediakan sebelum boleh menampal unit penyejuk ini.

Ini menjadikannya sesuai digunakan untuk hampir kesemua telefon Android, iPhone mahupun konsol permainan.

Dengan ini, Black Shark Magnetic Cooler boleh digunakan pada mana-mana peranti bersesuaian dipasaran, sama ada Android, iPhone, mahupun konsol mudah alih.

Black Shark Magnetic Cooler boleh dimiliki pada harga RM219 dan ditawarkan di Shopee serta Lazada.

Baca juga:

Beli Black Shark Magnetic Cooler;
Shopee:
https://invol.co/cl5mep4
Lazada:
https://invol.co/cl5mepx