Black Shark merupakan sebuah jenama yang memfokuskan peranti dan aksesori gaming. Terbaru mereka memperkenalkan kipas penyejuk FunCooler 2 baharu.

Kipas penyejuk tersebut direka khusus untuk pengguna siri iPhone 12 kerana ia dilengkapi magnet yang membuatkannya mudah dipasang pada belakang telefon.

Menariknya, Apple sendiri turut hadir dengan aksesori yang memanfaatkan siri iPhone 12, iaitu mudah melekat pada panel belakang.

Kata Black Shark, FunCooler 2 baharu ini adalah ringan dan kecil jika nak dibandingkan aksesori yang serupa. Dengan ini, pengguna iPhone tidak perlu risau akan peranti yang panas ketika bermain game.

Pun begitu, Black Shark tidak mendedahkan harga jualannya dan mungkin ia ditawarkan buat pasaran China terlebih dahulu.

Sumber: Weibo