Seperti yang diketahui, vivo telah memperkenalkan antara muka terbaharu mereka pada tahun lalu menerusi OriginOS bagi menggantikan FunTouchOS.

Jika nak dibandingkan antara muka Android yang lain seperti OxygenOS, MIUI, realme UI mahupun ColorOS, FunTouchOS bukanlah satu antara muka yang diminati pengguna.

vivo OriginOS

Namun, OriginOS yang akan hadir pada barisan telefon vivo ini boleh dikatakan agak menarik kerana ia tampil lebih kemas dan lancar.

Antara perkara menarik pada OriginOS berbanding antara muka terdahulu, papran aplikasi pada halaman utama kelihatan segar dan unik yang mana seakan-akan iOS.

Malah, kotak widget juga akan disesuaikan mengikut saiz bagi menampakkannya lebih kelihatan cantik.

Selain itu, ia turut didatangkan ciri Live Wallpaper dimana ia sedikit berbeza berbanding antara muka lain kerana ia akan berubah mengikut cuaca semasa pengguna.

Walau bagaimanapun, ramai yang menjangkakan Origin OS bakal tersedia buat pengguna vivo pada tahun ini dan digunakan pada siri terbaharu vivo X60.

Akan tetapi sebaliknya berlaku kerana siri vivo X60 masih lagi menggunakan FunTouchOS. Meski pun begitu, kami difahamkan vivo Malaysia mengatakan OriginOS akan tersedia buat pasaran tempatan seawal suku kedua tahun hadapan.

Laporan ini lebih kuat kerana telefon vivo X60T yang baru dilancarkan di China sudah pun menggunakan antara muka baharu – Origin OS.

 

Beli produk vivo melalui:
Shopee (https://invol.co/cl3e1fi)
Lazada (https://invol.co/cl3e1gz)