Tahun demi tahun, keupayaan kecerdasan buatan atau AI semakin meningkat dan berkembang pesat. Melalui penggunaan teknologi AI, ia memudahkan manusia dalam melakukan tugasan yang kompleks. Namun begitu, jika dilihat dengan skop yang lebih meluas, penggunaan AI berkemungkinan membawa mudarat pada sebahagian besar pengguna jika tiada kawalan.
Pada Forum Ekonomi Dunia, Yuval Noah Harari, telah menyatakan kebimbangan mengenai revolusi AI yang sedang berlaku ketika ini. Penerbit buku Sapiens and Homo Deus itu pada ucapannya menegaskan “Bila anda punyai data yang cukup, anda tidak perlu menghantar tentera untuk kuasai sesebuah negara.”
Menurut beliau lagi, revolusi AI mungkin mewujudkan ketidaksamaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Bukan sahaja antara golongan malah melibatkan negara. Noah turut memberi contoh sewaktu abad ke 19, beberapa negara seperti British dan Jepun lebih awal dalam sektor perindustrian. Negara-negara tersebut kemudiannya menjajah dan mengeksploitasi sebahagian besar dunia.
“When you have enough data, you don’t need to send soldiers to control a country.”
Watch the full session here: https://t.co/DnUlwEo7Ln @harari_yuval #beyondgeopolitics #wef20 pic.twitter.com/aH58BwBTp8
— World Economic Forum (@wef) January 23, 2020
Ketika ini, perlumbaan AI sedang rancak berlangsung dengan dua kuasa besar, China dan Amerika Syarikat jauh meninggalkan negara lain. Berdasarkan contoh itu, Noah berpendapat perkara sama akan berulang melalui teknologi AI pada ada ke-21 jika tiada langkah berjaga-jaga diambil.
Tambah beliau lagi, hal ini dapat dielakkan sekiranya teknologi AI itu dikembangkan pada yang lain. Namun jika sebaliknya terjadi, hanya pihak berkepentingan sahaja yang mendapat keuntungan, membiarkan sebahagian lagi kerugian atau dieksploitasi.
Sumber: World Economic Forum