Pernah saya nukil satu ketika dahulu, produk Apple sering digunakan ramai individu ternama dari seluruh dunia. Baik golongan selebriti mahupun pemain sukan.
Namun, bukan itu yang hendak diketengahkan di sini tetapi satu perkara yang menarik perhatian beberapa hari lepas adalah apabila seorang bintang bola sepak antarabangsa “memerli” pengikutnya.
Individu yang dimaksudkan itu ialah Riyad Karim Mahrez atau Riyad Mahrez, seorang pemain bola sepak berasal dari Algeria dan bintang Manchester City.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik Mahrez di Twitter rasminya, beliau sudah bersiap sedia untuk pergi ke perlawanan jelajah di Amerika Syarikat. Menerusinya juga, Mahrez sedang memegang peranti iPhone 12 Pro Max tetapi rupa paras telefon tersebut sudah retak.
Off to 🇺🇸✈️ pic.twitter.com/AtxIB1rQYt
— Riyad Mahrez (@Mahrez22) July 16, 2022
Keretakan panel belakang iPhone tersebut boleh dikatakan agak teruk juga. Disebabkan itu, rata-rata pengikutnya hairan kerana pemain yang menerima gaji jutaan ringgit setahun pun menggunakan iPhone sebegitu.
Lanjutan daripada itu, Mahrez sempat berjenaka dengan seperti “selagi boleh guna, guna je”. Bukan itu sahaja, beliau juga sempat berseloroh dengan menyatakan untuk menunggu kontrak baharu daripada kelab Manchester biru. Umpama satu petanda, beliau pun baru-baru ini telah melanjutkan kontrak hingga 2025 bersama The Citizens.
As long as it works 🤷🏻♂️🤷🏻♂️🤷🏻♂️
— Riyad Mahrez (@Mahrez22) July 16, 2022
Was waiting for the new contract 👀😂 https://t.co/lqfwg9mHdL
— Riyad Mahrez (@Mahrez22) July 16, 2022
Sebenarnya, bukan Mahrez sahaja yang menimbulkan “kekeliruan” dalam kalangan warganet. Bulan lalu, pelakon Hollywood Chris Evans pun baru sahaja menaik taraf iPhone 12 Pro setelah iPhone 6s-nya sudah rosak.
RIP iPhone 6s
We had a good run. I’ll miss your home button.
I won’t miss the nightly battle of trying to get you to charge. Or your grainy pictures. Or your sudden drops from 100% battery, to 15%, to completely dead all within minutes.
It was a wild ride. Rest easy, pal.
— Chris Evans (@ChrisEvans) June 24, 2022
Pengajaran yang kita boleh dapat di sini adalah, janganlah terlalu mengejar teknologi kerana memang tidak terkejar. Tidak perlu untuk memiliki peranti terkini setiap tahun. Sedangkan individu yang terlalu banyak wang pun menggunakan telefon sehingga rosak, apatah lagi kita rakyat marhaen.