Untuk penggunaan internet di rumah, sambungan fiber sudah jadi kelaziman terutamanya mereka yang tinggal di bandar.
Anda mesti tertanya, dalam banyak-banyak penyedia perkhidmatan, yang manakah paling berbaloi?
Jangan risau kerana artikel ini tidak panjang pun. Hal ini kerana kami hanya tumpukan perbezaan promosi antara perkhidmatan fiber daripada Unifi, Maxis dan Time.
Seandainya anda daftar pertama kali daftar untuk internet fiber daripada 3 jenama tersebut, untuk masa sekarang ini promosi yang anda akan dapat ialah seperti berikut.
Unifi
Percuma rebat bil 2 bulan
Maxis
Penggunaan percuma selama 1 bulan setengah
30Mbps
- Rebat RM10 setiap bulan selama 12 bulan untuk pakej termurah
TIME
100Mbps
- Penggunaan percuma selama 1 bulan
500Mbps
- RM99 untuk 6 bulan pertama + percuma mesh Wi-Fi
2Gbps
- Percuma 2 mesh Wi-Fi
Time menawarkan internet fiber terpantas di Malaysia sekarang, dengan penuh berani sehingga 2Gbps kelajuannya.
Tidak dapat dinafikan juga, harga ditawarkan Time agak rendah berbanding penyedia lain.
Bagi anda yang tinggal di apartmen, kondominium dan seumpamanya yang dipanggil ‘high rise’, maka Time sememangnya antara berbaloi.
Berminat?
Tawaran-tawaran di atas boleh didapatkan melalui pautan di bawah.
Amacam, mana satu paling berbaloi untuk anda? Jangan lupa kongsikan pengalaman fiber anda di komen untuk dikaji pengguna lain.
{suggest}