Sebelum ini telah dikongsikan tentang cara untuk membuat tempahan janjitemu secara atas talian bagi semua urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuklah urusan perbaharui lesen dan cukai jalan kenderaan.

Tempahan temujanji yang perlu dibuat secara atas talian itu sudah dibuka bermula hari ini (9 Ogos 2021).

Walaubagaimanapun, pihak Pos Malaysia mengeluarkan kenyataan maaf terhadap pelanggan mereka yang mengalami kesulitan untuk membuat tempahan janjitemu tersebut.

Pos Malaysia memaklumkan kesulitan itu berlaku selepas menerima jumlah permintaan yang lebih tinggi daripada jangkaan mereka.

Akibatnya ia menyebabkan masalah aksesibiliti terhadap laman sesawang, aplikasi mudah alih dan sistem tempahan Pos Malaysia.

Sehubungan itu, Pos Malaysia menyatakan mereka sedang menangani masalah tersebut dengan kadar segera dan memohon para pelanggan bersabar.

Sumber: Pos Malaysia

Baca juga: Cara Membuat Janji Temu Atas Talian Untuk Urusniaga JPJ Di Pejabat Pos