Apple baru-baru ini telah mengeluarkan iklan iPhone 15 bertemakan Hari Raya di saluran Youtube Apple Singapura, dengan memfokuskan kepada Face ID. {suggest} Melalui iklan 30-saat yang turut disiarkan di Facebook, ia menunjukkan notifikasi iMessage muncul pada iPhone 15 milik seorang gadis, yang diletakkan di atas meja makan ketika pertemuan Hari Raya. Dalam video berkenaan, seorang…
Kategori: Berita
Tindakan Google Nyahaktif Paparan Tukaran MYR Bukan Arahan Mana-Mana Pihak – Fahmi
Tindakan Google menyahaktifkan ciri-ciri termasuk graf pertukaran nilai mata wang Ringgit Malaysia (MYR) di enjin cariannya buat sementara waktu adalah bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal, dan bukan arahan mana-mana pihak. {suggest} Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Google bahawa tindakan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), bagi memastikan…
Kad Perniagaan Dengan Tandatangan Steve Jobs Dilelong Lebih RM800,000
Kad perniagaan Apple Computer dengan tandangan Steve Jobs berjaya dijual pada harga $181,183 (~RM858,354) melalui lelongan di laman web RR Auction yang berakhir pada 21 Mac 2024. {suggest} Menurut penyenaraian lelongan, kad perniagaan ini adalah dari sekitar tahun 1983, dan telah disahkan oleh PSA yang merupakan perkhidmatan penggredan memorabilia terkenal. Selain tandatangan dengan dakwat hitam,…
WhatsApp Bangunkan Ciri AI Untuk Suntingan Imej
WhatsApp sebelum ini dilaporkan menguji ciri perkongsian video di Status dengan tempoh sehingga 60 saat. Terbaharu, WhatsApp nampaknya kini sedang membangunkan satu lagi keupayaan di aplikasi pemesejan itu, iaitu ciri AI untuk suntingan gambar. {suggest} Ciri baharu ini akan tersedia di bahagian tool editor untuk suntingan foto, yang akan membolehkan pengguna menggunakan pelbagai kesan artistik…
Kadar Tukaran MYR Tidak Lagi Dipaparkan Secara Terus Di Google Search
Minggu lalu, tular mengenai kadar pertukaran USD-MYR yang memaparkan data tidak tepat sehingga mencecah RM4.98. Lanjutan kekeliruan yang berlaku akibat kesilapan itu, pihak Google Malaysia telah membuat permohonan maaf. Bagaimanapun, Google nampaknya telah melakukan perubahan, yang mana ia tidak lagi memaparkan kadar tukaran mata wang ringgit secara terus di Google Search. {suggest} Bermakna, sebarang tukaran…
Perkhidmatan ShopBack PayLater Kini Ditamatkan
ShopBack mengumumkan penamatan perkhidmatan ShopBack PayLater bermula 22 Mac 2024. {suggest} Ini bermakna, pelanggan tidak lagi boleh membuat pembayaran melalui ShopBack PayLater berkuat kuasa hari ini. Menurut ShopBack, perubahan ini melibatkan kedai dalam talian dan kedai fizikal yang menerima pembayaran PayLater. Walaupun perkhidmatan ini telah ditamatkan, pelanggan yang masih mempunyai ansuran tertunggak perlu melakukan pembayaran…