Apple dilaporkan telah mengalih keluar platform Meta, iaitu WhatsApp dan Threads daripada App Store di China selepas diarahkan oleh pengawal selia negara itu untuk berbuat demikian. {suggest} Dalam satu kenyataan kepada Reuters, Apple berkata Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) telah mengarahkan pengalihan keluar kedua-dua aplikasi itu daripada App Store berdasarkan kebimbangan risiko kepada keselamatan negara….
Kategori: Berita
Lagi Perisian Hasad Eksploitasi Kecacatan Ciri Keselamatan Android, Tapi Pengguna Jangan Risau
Penyelidik keselamatan dari Kaspersky telah melaporkan penemuan perisian hasad Android perbankan baharu bernama ‘SoumniBot‘ Perisian hasad ini menggunakan pendekatan pengeliruan yang jarang digunakan dengan mengeksploitasi kelemahan dalam prosedur pengekstrakan dan penghuraian manifes Android. Fail manifes (‘AndroidManifest.xml’) memang sedia ada terdapat di dalam direktori akar setiap aplikasi dan mengandungi butiran tentang komponen (perkhidmatan, penerima siaran, pembekal…
Aplikasi Twitch Nanti Akan Mirip TikTok
Baru-baru ini, platform penstriman Twitch telah mengadakan satu sesi perbincangan secara langsung secara dalam talian di halaman Twitch mereka sendiri bagi menampilkan beberapa ciri kemas kini terbaru yang akan dilancar tidak lama lagi. Salah satu daripadanya yang menarik perhatian ramai adalah kemas kini aplikasi untuk kegunaan peranti mudah alih yang mana menawarkan butang ‘Discovery Feed‘…
Kerajaan Jangka Industri ‘Gaming’ Akan Cecah Pendapatan Sehingga RM3.1 Bilion Tahun Ini
Menteri Digital, Gobind Singh Deo ketika berucap di perasmian Akademi Xsolla Curine di KL Eco City semalam berkata, industri ‘gaming‘ (permainan video) di Malaysia dijangka akan menjana pendapatan sebanyak US$649 juta (~RM3.1 bilion) pada 2024 ini. Jangkaan itu selepas industri itu mencatatkan pertumbuhan di dalam negara dengan ketara sejak kebelakangan ini. “Pelaburan dalam sektor kandungan…
HUAWEI nova 12i Kini Tersedia Pada RM1,299
Selepas siri HUAWEI nova 12 rasmi di pasaran Malaysia dan sedia untuk prapesan sahaja pada bulan Mac yang lepas, salah satu modelnya iaitu HUAWEI nova 12i kini tersedia untuk pembelian melalui cawangan-cawangan HUAWEI di seluruh negara. Untuk model ini, ia dikuasakan Snapdragon 680 serta disokong oleh grafik Adreno 610, memori 8GB RAM dan storan 256GB….
Manuel Neuer Duta Terbaru Hisense Sempena UEFA EURO 2024
Penjaga gol pemenang Piala Dunia Jerman dan kapten Bundesliga FC Bayern Munich, Manuel Neuer telah menandatangani kempen ‘BEYOND GLORY’ UEFA EURO 2024. Beliau telah menjadi duta kempen untuk Hisense secara rasmi. Kempen ‘BEYOND GLORY’ ini dijayakan bersempena untuk kecemerlangan pemain bola sepak profesional terhadap penghormatan EURO. Bukan itu sahaja, kempen ini juga mempunyai tujuan yang…