Platform perkongsian video popular, Dailymotion, dilaporkan telah digodam dan dipercayai berjuta maklumat pengguna dicuri. LeakedSource, perkhidmatan yang berjaya mengenalpasti kejadian ini mengumumkan pencerobohan data pada Isnin lalu. Menurut mereka, Dailymotion telah digodam lebih dari sebulan bermula 20 Oktober 2016 yang lalu. Maklumat yang dicuri mengandungi 85.2 juta alamat emel dan nama samaran. Walaubagaimanapun pihak Daillymotion…
Kategori: Berita
Pokemon Go Berkolaborasi Bersama Starbucks Untuk Kemaskini Terbaru Mereka.
Pokemon Go akan tampil dengan lebih banyak karektor Pokemon jika gambar yang disebarkan ini adalah benar. Ianya tidak disahihkan oleh pihak Niantic dan Starbucks sendiri , namun terdapat laporan dari sebuah kiriman oleh seorang perkerja Starbucks di Reddit yang turut mengesahkan gambar tersebut adalah benar. Gambar dibawah adalah sebuah notis yang diberikan kepada Barista Starbucks supaya…
Samsung Galaxy S8 Bakal Menampilkan Panel RGB Super AMOLED Tanpa Butang Home
Masih lagi dengan ura-ura tentang Samsung S8. Penampilan Samsung S8 sudah tentu menjadi sebutan hangat kerana sudah tentu kita mahu melihat bagaimana Samsung mahu meyakinkan semula pengguna telefon pintar selepas kejadian Note 7 yang berlaku pada suku ketiga tahun ini. Seperti biasa, terdapat banyak khabar angin tentang peranti baru dari Samsung ini. Antara yang pasti…
Samsung Galaxy S8 Mungkin Tidak Didatangkan Dengan Bicu Audio
Dikhabarkan Samsung bakal mengikut jejak langkah Apple dengan membuang bicu audio pada telefon pintar mereka. Menurut Sammobile, Samsung akan membuang bicu audio 3.5mm dari model Galaxy S8. Telefon flagship Samsung itu dikatakan akan dilengkapi dengan port USB Type-C yang akan digunakan untuk mengecas bateri ataupun mendengar lagu. Ini bermaksud anda memerlukan penyesuai (adapter) untuk menyambungkan fon…
Apple Akan Cuba Memperbaiki Isu Bateri Yang Bermasalah Dengan Kemaskini iOS
Sejak beberapa minggu yang lepas, terdapat aduan daripada pengguna iPhone mengenai isu bateri telefon mati dengan sendirinya walaupun kuasa bateri masih berbaki 30%. Apple pertama kali menyedari masalah ini pada penghujung November dimana mereka menyatakan ia melibatkan sebahagian kecil model iPhone 6s. Syarikat tersebut juga ada menyediakan program penukaran bateri secara percuma terhadap penggunan yang…
Facebook, Twitter, Microsoft, Dan Youtube Cipta Pangkalan Data “Kandungan Pengganas”
Nampaknya syarikat media sosial gergasi dari Amerika Syarikat akan berganding bahu dalam menangani masalah pengganas yang semakin berleluasa. Empat syarikat yang dimaksudkan adalah Facebook, Twitter, Microsoft dan Youtube akan bersama-sama membina satu pangkalan data yang mengandungi foto serta video yang biasa digunakan untuk merekrut orang ramai menyertai kumpulan pengganas. Pangkalan data yang dikongsi itu akan…