Acara CES kali ini menampilkan pelbagai bentuk peranti dan teknologi yang memukau para pengunjung yang hadir. Sudah pasti apa yang hendak dipertontonkan mestilah memiliki kelainan dan keunikan dari teknologi yang sedia ada. Sony telah mencipta sebuah projektor yang mampu memancarkan sistem operasi Android ke atas apa-apa permukaan rata dengan keupayaan sentuhan. Bayangkan anda mahu menunjukkan…
Kategori: Berita
Kacamata Ini Bantu OKU Penglihatan “Melihat” Dunia
Aira, sebuah syarikat startup berpengkalan di Amerika Syarikat telah membangunkan satu alat yang bakal membantu orang cacat penglihatan dalam melakukan tugasan seharian. Kaca mata yang dibina berasaskan Google Glass ini akan menghubungkan antara pemakai dengan ejen yang dipertanggungjawabkan membantu melihat apa yang sedang dilalui pemakai secara real time. Ejen-ejen yang bertauliah ini akan menolong si…
PlayStore dan AppStore Rusia Padam Aplikasi LinkedIn
Semalam, Google dan Apple diberitakan memadam aplikasi LinkedIn dari laman muat turun PlayStore dan AppStore di Rusia. Hal ini disebabkan oleh undang-undang negara itu yang menuntut kedua-dua syarikat berkenaan memindahkan pusat data mereka ke sana. Memetik laporan dari The Verge, aplikasi berkenaan telah melanggar undang-undang dimana data yang dikumpul dari rakyat Rusia disimpan diluar dari…
CES 2017: Jam Pintar Omron Mampu Ukur Tekanan Darah
Jam tangan pintar kini semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Ada syarikat yang menggeluarkan jam tangan pintar dengan fungsi asas seperti mengira langkah perjalanan seharian sehinggalah teknologi membaca apa yang terjadi ketika anda sedang tidur. Omron Project Zero 2.0 merupakan sebuah jam tangan pintar pertama di dunia yang mampu membaca tahap tekanan darah anda. Seperti…
CES 2017: Pengecasan Tanpa Wayar Bakal Jadi Realiti
Beberapa tahun kebelakangan ini banyak kita lihat teknologi yang dicipta berasaskan tanpa wayar atau wireless. Dari sambungan internet hinggalah kepada fon telinga. Tetapi peranti yang dikatakan wireless itu masih perlu disambungkan kepada pengecas untuk mengecas kuasanya semula. Dan perkara ini dijangkakan turut berubah dalam beberapa tahun lagi. Pada acara CES yang berlangsung minggu lepas, Dell…
Imej Rasmi Nokia 6 (video)
Khabar angin mengenai comeback yang bakal dibuat oleh gergasi telefon suatu ketika dulu , Nokia, kini terjawab dengan sebuah video berdurasi 44 saat. Video rasmi mengenai keluaran baru Nokia ini telah dimuat naik pada akaun Weibo Nokia di China. Akaun Weibo yang dahulunya menggunakan nama “Microsoftlumia” telah ditukar menjadi “Nokia mobile phones”. Video rasmi yang dimuat…