Facebook telah memperkenalkan sebuah sistem pembayaran sendiri yang boleh digunakan pada produk mereka seperti Facebook, Messenger, Instagram danjuga WhatsApp. Facebook Pay ini juga secara tidak langsung akan mewujudkan satu pengalaman pembayaran yang konsisten untuk keseluruhan aplikasi dan perkhidmatan Facebook. Facebook Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran atau pembelian dalam aplikasi, menghantar wang atau meminta kepada…
Kategori: Berita
Microsoft Melepaskan Kemas Kini Terbaru Windows 10 v1909
Windows 10 November 2019 Update dilepaskan secara berperingkat kepada pengguna. Microsoft akhirnya melepaskan kemas kini terbaru Windows 10 v1909 kepada semua pengguna Windows 10. Kemas kini ini yang juga dikenali sebagai Windows 10 November 2019 Update oleh Microsoft itu dilepaskan secara berperingkat kepada pengguna mereka bermula hari ini. Pengguna boleh mengemas kini sistem operasi Windows 10 mereka…
Apple Membuang Aplikasi Intip, Like Patrol Dari App Store
Aplikasi tersebut membolehkan penggunanya mengintip pemilik akaun Instagram yang mereka ikuti. Apple dilaporkan telah menarik keluar aplikasi yang dikenali sebagai Like Patrol dari App Store kerana didapati melanggar polisi dan cara pengumpulan data yang ditetapkan mereka. Ia adalah tindakan susulan selepas pihak Instagram mengambil tindakan terhadap pembangun aplikasi tersebut pada lewat Oktober lalu. Like Patrol…
SKMM Menerima Sebanyak 21,296 Aduan Berkaitan Kandungan 3R Di Media Sosial Sejak Ogos Lalu
80 peratus daripada maklumat yang diterima adalah berkaitan kandungan berbaur perkauman. Sejak paltfom aduan 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) diwujudkan pada 17 Ogos lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima sebanyak 21,296 maklumat dan aduan daripada orang awam. Perkara itu dinyatakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam jawapan di Dewan…
Trafik Beli-Belah Atas Talian Malaysia Adalah Yang Tertinggi Berbanding 6 Buah Negara Semasa Kempen 11.11
Pengguna Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk membeli-belah dalam talian pada 11 November lalu. Trafik beli-belah dan jumlah pesanan atas talian di Malaysia semasa kempen beli-belah dalam talian ‘11.11 Singles Day’ merupakan yang tertinggi berbanding enam negara tahun ini, menurut platform pulangan tunai dalam talian, ShopBack Malaysia. Data terkumpul itu adalah perbandingan dari enam negara…
Perisian Hasad Dan Android Tiada Kesudahan, 49 Lagi Aplikasi Android Didapati Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya
Sudah menjangkiti lebih daripada 3 juta pengguna peranti Android. Penyelidik keselamatan dari TrendMicro baru-baru ini mendedahkan sebanyak 49 aplikasi Android dalam kategori foto dan permainan yang ditawarkan di Google Play Store didapati membawa perisian hasad iklan di dalamnya. Kesemua aplikasi itu dilengkapi ciri algoritma yang dikustomasi khas bagi membolehkan ia elak dikesan dari pihak Google dari…