Huawei dan syarikat berkaitannya kini dituduh berkonspirasi di bawah akta RICO. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (D.O.J) telah menuduh Huawei menawarkan bonus kepada pekerja mereka yang dapat mencuri rahsia sulit syarikat pesaingnya. Tuduhan ini adalah kesinambungan daripada dakwaan yang hampir sama dibuat A.S ke atas Huawei pada awal tahun lalu. Untuk tuduhan terbaru ini, defendan yang…
Kategori: Berita
Kemas Kini Windows 10 KB4532693 Menyebabkan Nama Profail Pengguna Diubah
Fail data juga disembunyikan dari pengguna utamanya. Tidak lama selepas Microsoft melepaskan kemas kini KB4532693 kepada pengguna Windows beberapa hari lalu, para pengguna telah mengadu bahawa nama profail mereka telah ditukar dengan sendirinya. Malah fail-fail yang terdapat di dalam komputer mereka juga didapati dipindahkan ke dalam folder pengguna yang lain yang dinamakan sebagai .000 diakhir…
10 Perisian Hasad Berbahaya Dikesan Aktif Menyerang Pengguna Sepanjang 2019
Adware kekal menjadi perisian hasad yang paling banyak menyerang pengguna. Dalam laporan terbaru berkaitan aktiviti perisian hasad sepanjang 2019 lalu oleh pihak Malwarebytes Labs, mereka menyenaraikan sebanyak 10 perisian hasad paling popular yang dikesan aktif menyerang pengguna di seluruh dunia. Dalam laporan yang bertajuk 2020 State of Malware itu mereka mendapati adware masih kekal sebagai kategori perisian hasad yang…
Huawei Y7p Dijual Pada Harga RM699 Di Malaysia
Selain dari jualan rasmi Huawei Nova 7i pada hari ini, Huawei Malaysia juga turut mula menawarkan peranti kelas permulaan Huawei Y7p. Peranti ini hadir dengan skrin 6.39 ini HD+ dengan panel LCD. Terdapat juga lubang kamera pada skrin untuk memuatkan 8MP sensor swafoto. Untuk kamera belakang pula terdapat 3 lensa iaitu 48MP (f/1.8) utama +…
realme Semakin Laris Di Filipina Dan Mesir
realme adalah antara jenama yang tidak asing lagi buat kita semua. Pengeluar telefon pintar yang sedang berkembang maju baru-baru ini telah tersenarai sebagai jenama yang semakin meningkat permintaannya pada pasaran Filipina dan Mesir. Menurut analisis telefon pintar global yang telah dikeluarkan oleh Canalys baru-baru ini, realme telah memasuki Top Smartphone Vendors dan berada di tempat…
Video Berusia 120 Tahun Dinaik Taraf Kepada Resolusi 4K Dan Ini Hasilnya
Perkembangan teknologi rakaman video semakin berkembang dari tahun ke tahun. Jika dibandingkan dengan rakaman 20 tahun dahulu dan apa yang ada ketika ini, anda pasti boleh melihat perbezaannya. Namun, bagaimana pula rakaman yang dibuat lebih dari 120 tahun dahulu? Melalui kebolehan sedia ada, pelbagai perkara boleh dibuat termasuklah menaik taraf video berusia lebih 120 tahun…