Mi True Wireless Earphones 2 Pro kini muncul dalam penyenaraian Wireless Power Consortium (WPC) dengan nombor model TWSEJ09WM. Menurut Digital Chat Station di Weibo, fon telinga TWS ini dimuatkan dengan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) serta menyokong pengecasan tanpa wayar. Tinjauan di halaman WPC turut memperlihatkan rekaan awal fon telinga itu sebelum Xiaomi mendedahkannya. Fon…
Kategori: Berita
Rekaan LG “Wing” Didedahkan Dengan Dua Paparan Yang Boleh Berputar
Beberapa bulan lalu, terdapat spekulasi yang mengatakan LG sedang membangunkan satu projek di bawah nama kod “Wing”. Terbaru, LG Wing muncul dalam sebuah video yang memperlihatkan dua paparan yang boleh berputar. Paparan utama berukuran 6.8 inci dan jika dipusingkan, peranti ini mempunyai rekaan yang berbentuk “T”. Sementara paparan kedua adalah lebih kecil dengan saiz 4…
DJI Osmo Mobile 4 Dijangka Hadir Dengan Sistem Pemasangan Magnet
DJI kini dijangka akan memperkenalkan gimbal telefon pintar terbaru iaitu Osmo Mobile 4. Menerusi video pendek yang dimuat naik di Twitter, ia mendedahkan gimbal tersebut hadir dengan beberapa pembaharuan. Terdapat dua mekanisme magnet untuk menggunakan gimbal terbaru ini. Selain menggunakannya dengan cara mengepit telefon pintar, DJI turut menambah sokongan dengan menggunakan mekanisme pemasangan magnet yang…
4 Ciri Baru Pelayar Google Chrome 85 Yang Amat Ditunggu-Tunggu Pengguna Akan Tiba Tidak Lama Lagi
Google hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru untuk pelayar popular mereka iaitu aplikasi Google Chrome 85. Antara ciri baru yang diperkenalkan adalah penambahbaikan terhadap ‘tab’ yang dikatakan akan menjadikan Chrome 10% lebih pantas dari versi sebelumnya. Cuma buat masa ini ciri tersebut masih dalam peringkat pembangunan. “Our testing consistently shows pages loading up to 10%…
Pengguna Android Digesa Membuang Segera 23 Aplikasi Ini Dari Peranti
Penyelidik dari Sophos baru-baru ini telah mengeluarkan amaran tentang penemuan 23 aplikasi yang mengandungi perisian hasad yang ditawarkan di dalam Google Play Store. 23 Aplikasi tersebut didakwa membawa perisian hasad ‘fleeceware‘ yang berupaya menipu para pengguna menerusi telefon pintar yang terjejas. Penyelidik Sophos bernama Jagadeesh Chandraiah menjelaskan bahawa, terdapat kecacatan pada terma dan syarat yang…
Ecovacs Melancarkan Vakum + Mop Robotik, Deebot Ozmo T8
Ecovacs Robotics adalah sebuah syarikat terkenal dalam pengeluaran servis perkhidmatan robotik rumah. Hari ini, mereka telah mengumumkan siri flagship mereka iaitu Deebot Ozmo T8 Family. Deebot Ozmo T8, sebuah vakum robotik yang mengoptimumkan Artificial Intelligence dan teknologi TrueDetect 3D yang canggih untuk meningkatkan keupayaan mengesan dan mengelak halangan semasa pembersihan. Terdapat dua model bagi Deebot Ozmo ini iaitu…