Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa, sebanyak 10 vaksin COVID-19 telah memasuki ujian klinikal fasa ketiga melibatkan percubaan terhadap manusia. KKM menyatakan fasa ketiga ini merupakan fasa yang paling penting kerana ia melibatkan sukarelawan dalam skala lebih besar dan fasa ini juga akan menentukan sama ada vaksin itu berkesan atau sebaliknya….
Kategori: Berita
Samsung Galaxy A72 Dijangka Hadir Dengan Tetapan Penta-Kamera
Samsung kini dilaporkan akan memperkenalkan telefon pintar dengan tetapan penta-kamera. Dijangka tetapan lima kamera itu akan ditawarkan pada Galaxy A72, yang merupakan sekuel kepada Galaxy A71. Spesifikasi pada kamera Galaxy A72 mungkin hadir dengan 64MP utama, 12MP sudut lebar, 8MP telefoto dengan 3x optikal zum, 5MP makro dan 5MP depth. Sementara kamera swafoto pula dimuatkan…
Facebook Cuba Melobi Apple Untuk Menjadikan Aplikasi Messenger Sebagai Pilihan ‘Default’ Permesejan
Facebook kini dilaporkan cuba melobi Apple untuk menjadikan aplikasi Messenger sebagai pilihan bagi tetapan default permesejan pada iPhone. Dikuatkan dengan perubahan pada iOS 14 yang membolehkan pengguna menetapkan aplikasi e-mel dan pelayar sebagai tetapan default, Facebook mengatakan perubahan yang sama mungkin boleh dilakukan pada aplikasi permesejan. Apple pada tahun lalu turut membenarkan Siri untuk menghantar pesanan…
Fail Google Drive Yang Dipindahkan Ke ‘Trash’ Akan Dipadam Automatik Selepas 30 Hari Bermula 13 Oktober Depan
Bermula 13 Oktober hadapan, Google Drive membuat polisi baharu dimana fail yang dipindahkan ke ‘trash’ akan dipadam secara automatik selepas 30 hari. Sebelum ini, fail dalam trash akan kekal sehingga ia dipadam sendiri oleh pengguna. Namun, dengan polisi baharu ini, mana-mana fail yang berada dalam trash hanya akan kekal tersimpan selama 30 hari. Dengan itu, jika ingin…
Sistem ShopBack Diceroboh, Data Peribadi Pengguna Mungkin Telah Disalahgunakan
ShopBack pada 17 September lalu telah menyedari terdapat pencerobohan ke sistem platform itu yang mengandungi data peribadi pengguna. Bagaimanapun, akses tanpa izin tersebut telah dibuang dimana ia turut melibatkan pakar keselamatan siber bagi menilai sejauh mana kejadian tersebut berlaku. Sehingga kini, tiada kesahihan jika data peribadi pengguna telah disalahgunakan. Namun, platform itu tidak menolak kemungkinan…
TM Dapat Surat Amaran Akhir Daripada SKMM
Sebelum ini pengendali rangkaian dalam negara, TM telah dilaporkan menurunkan kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps, iaitu dari 200Mbps kepada 100Mbps. Namun begitu, pihak TM menyatakan kadar kelajuan awal tersebut adalah kesilapan dan kadar itu telah diperbetulkan pada kesemua medium pemasaran dan promosi mereka. Susulan daripada isu tersebut, pihak SKMM telah mengeluarkan kenyataan untuk…