Keselamatan siber dan maklumat peribadi dalam talian adalah sangat penting dan wajib kita jaga terutama sekali “password” atau kata laluan.
Menurut Google, kata laluan yang paling biasa digunakan pada tahun 2021 adalah “123456”.
Mungkin perkara ini sering dipandang remeh, tetapi janganlah sudah terhantuk baru terngadah.
Jadi, berikut adalah 10 petua untuk mencipta dan melindungi password dan akaun dalam talian anda:
Petua untuk mencipta dan melindungi ‘password’
- Cipta kata laluan unik dan jangan gunakan semula kata laluan yang sama merentasi laman sesawang.
- Cipta kata laluan sekurang-kurangnya 12 aksara panjang.
- Gunakan gabungan aksara – gabungan huruf kecil dan besar, nombor dan simbol.
- Cipta kata laluan kreatif dan jangan gunakan maklumat peribadi atau maklumat yang mungkin atau senang diketahui oleh orang lain.
- Rahsiakan kata laluan anda.
- Gunakan alat pengurus kata laluan untuk membantu mencipta, mengingati dan mengurus semua kata laluan.
- Kemas kini kata laluan dengan kerap.
- Sentiasa lakukan semakan kata laluan.
- Sediakan maklumat pemulihan, yang membantu masuk semula ke akaun sekiranya ada pihak memperoleh kata laluan anda.
- Dapatkan perlindungan tambahan dengan menggunakan pengesahan 2 langkah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Siaran akhbar Google
{suggest}