Seorang penyelidik keselamatan bernama Rajshehkar Rajaharia mendedahkan sedang berlakunya penyebaran pautan aplikasi “Watsapp In Pink” di dalam grup-grup WhatsApp.

Pautan “Watsapp In Pink” itu kononnya akan menawarkan tema berwarna merah jambu kepada pengguna serta kononnya dilengkapi dengan ciri-ciri baru yang sedia digunakan di dalam aplikasi WhatsApp.

Tetapi sebaliknya pautan itu akan menyebabkan pengguna yang terpedaya terdedah kepada serangan penggodaman.

Pautan yang menggunakan teknik “phishing” itu memang direka dengan niat untuk mencuri data peribadi pengguna yang tersimpan di dalam telefon pintar pengguna.

Melihat kepada iklan “Watsapp In Pink” di atas, amat jelas ejaan yang digunakan serta jenis fontĀ adalah amat tidak sama sepertimana yang ditawarkan aplikasi WhatsApp rasmi.

Oleh itu, pengguna WhatsApp dinasihatkan supaya tidak mudah cepat tap pada pautan yang diterima mereka terutamanya dari pihak yang tidak dikenali di dalam aplikasi WhatsApp.

Ini bukanlah kali pertama pihak tidak bertanggungjawab menawarkan versiĀ  WhatsApp yang cuba memperdaya pengguna bagi tujuan penggodaman.

Sebelum ini telah munculnya versi WhatsApp Gold yang dipercayai membawa perisian hasad di dalamnya.

Sumber: Gadjet 360