Sehingga kini, antara ura-ura yang diperkatakan tentang telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21  adalah seperti dakwaan Galaxy S21 akan dijual tanpa pengecas dalam kotak pembelian, tidak disertakan fon telinga dan rekaan tertiris.

Selain itu, seperti biasa Samsung dijangkakan akan menggunakan 2 jenis cip berbeza pada siri Galaxy S21 iaitu cip pemprosesan Snapdragon dan Samsung Exynos.

Sebelum ini telah didedahkan bahawa Galaxy S21 dijangka akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 875 dan Exynos 2100.

Walaubagaimanapun, benchmark awal bagi Galaxy S21 agak mengecewakan.

Ini kerana skor prestasi Galaxy S21 dalam Geekbench 5 yang menggunakan cip Snapdragon 875 hanya menerima 1120 markah bagi Single-Core. Manakala sebanyak 3319 markah bagi Multi-Core.

Skor prestasi awal Galaxy S21 dalam Geekbench 5.Kredit: Geekbench 5

Sementara bagi model Galaxy S21 yang dikuasakan oleh Exynos 2100 pula (dalam siri Galaxy S21 Plus) lebih mengecewakan di mana ia hanya menerima skor sebanyak 1,040 bagi Single-Core dan 3,107 bagi Multi-Core.

Walaupun skor awal yang ditunjukkan ini adalah masih awal untuk diperkatakan dengan lebih lanjut, tetapi jelas boleh dilihat bahawa prestasi telefon andalan (flagship) dari Samsung ini masih jauh kuasa prestasinya jika dibandingkan dengan model telefon pintar Apple iPhone 12.

Kredit: Geekbench 5

Sumber: Tom’s Guide